|
Kata Mereka Kata Aku
-
Sesuatu yang kita suka tak semestinya baik untuk kita dan sesuatu yang kita tak suka mungkin sebenarnya baik untuk kita.
AO, Bab 22, Versus.
-
Apabila seseorang itu menyedari bahawa dirinya kesunyian, kata-katanya akan turut menjadi lemah-lembut.
Mirajane, Bab 118, Fairy Tail.
-
Masa lalu itu memori. Masa depan itu ilusi. Masa sekarang itu realiti.
Mohd Zairi Hafis, 12 November 2011.
-
Luka hati adalah pembuka rasa. Luka jiwa adalah kedekatan rasa. Jika sudah merasa, datanglah cinta kepada yang Maha Esa.
Dr. Azhar B. Haji Sarip memetik kata Ki Ageng Sabdo Sukma, Mingguan Wanita, Bil.1437.
-
Lagu cinta memang sengaja dibuat untuk berlebih-lebihan. Setara dengan tahap ketidakmatangan seseorang ketika mereka jatuh cinta.
SnowFire1990, 7 November 2011, Komen terhadap vblog “rant on lagu cinta” Matluthfi90.
-
Berdoa demi orang yang menyayangi diri, itu keikhlasan hati. Berdoa demi orang yang melukai hati, itu kematangan diri.
Dr. Cinta Punye Blog.
-
Penipuan itu sedap rasanya tapi cepat basi. Kebenaran itu tak sedap rasanya tapi tahan lama.
Kamikawa Satoko, Episod 1, Shinzanmono.
-
Kita tak boleh menjadi kuat hanya dengan berseronok dengan kehidupan.
Masanobu Tsutsumi, Bab 149, Yakitate!! Japan.
-
Siapa yang lebih kerap menghantar maklumat, akan lebih berpeluang untuk mempengaruhi. Sesuatu perkara jika diasak berkali-kali, akan diyakini benar.
Budiman Mohd. Zohdi, Naib Presiden MAYC Kebangsaan, 30 Mei 2011, Rencana, Berita Harian.
-
Apabila bercakap tentang istilah yang kelakar, mengulangi perkara yang sama adalah perkara asas.
Kyousuke Kawachi, Bab 155, Yakitate!! Japan.
-
Syukuri apa yang ada, hidup adalah anugerah. Tetap jalani hidup ini, melakukan yang terbaik.
d’Masiv, Jangan Menyerah.
-
Rahsia untuk menikmati kehidupan yang gembira ialah tidak melepaskan hati sebagai seorang kanak-kanak.
Sakata Gintoki, Bab 7, Gintama.
-
Perkara tahyul hanyalah alat bagi orang yang tiada kekuatan sebenar.
Mafia Wars, 18 Mei 2011.
-
Titik berat bukannya ‘apa yang harus saya lakukan’, tetapi ‘bagaimana saya melakukannya’.
Yajima, Bab 5, Kurogane no Linebarrels.
-
Masa yang berlalu telah membuka laluan ke masa hadapan. Langkah yang dijejaki hari ini akan menjadi langkah baru untuk tiba ke hari esok.
Erza Scarlet, Bab 101, Fairy Tail.
|
|
» older
» newer
» archive
» random
» RSS
Created by: Micah Quirimit
Base theme by : Sarah Mogin
TUMBLRCiTY
Visit my layouts:
Click HERE.
|